Cari:
Paddock Mungkin Rancang Serang Pesta Muzik Chicago
2017-10-06 13:55:36 CRI Cetak

Menurut media tempatan Amerika Syarikat (AS), Stephen Paddock, penyerang insiden tembakan rambang di Las Vegas, pernah menempah hotel berdekatan sebuah pesta muzik di Chicago. Maklumat ini sedang disiasat pihak polis.

Portal berita hiburan TMZ melaporkan bahawa Paddock pada Ogos lalu menempah bilik hotel yang menghadap taman Grant di pusat bandar Chicago, tapak Pesta Muzik Lollapalooza yang menarik kedatangan 400 ribu orang pada musim panas setiap tahun.

Dari bilik ditempah Paddock dapat dilihat tapak pesta muzik itu, sama seperti bilik yang didiaminya di Las Vegas.

Namun menurut pihak hotel, Paddock tidak menginap di hotel itu dalam tempoh pesta muzik tersebut diadakan.

Polis Chicago telah meningkatkan kawalan keselamatan bagi aktiviti-aktiviti melibatkan orang awam, termasuk maraton yang akan diadakan pada 8 Oktober ini.

Sebanyak 59 orang maut manakala 527 lagi cedera dalam serangan tembakan di Las Vegas, AS pada malam 1 Oktober.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China