Cari:
Mandarin, Bahasa Asing ke-5 di Perancis
2017-10-06 14:39:50 CRI Cetak

Institut Konfusius di Université Paris Diderot menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini. Institut tersebut ditubuhkan pada Mac 2007 dan merupakan institut Konfusius pertama dibuka di Paris.

Kaunselor Pendidikan Kedutaan Besar China di Perancis, Yang Jin dalam ucapan pada majlis sambutan itu telah menilai tinggi kejayaan yang dicapai institut Konfusius dalam menggalakkan interaksi budaya antara China dengan Perancis dan menyebarluaskan bahasa Mandarin dalam tempoh 10 tahun lalu.

Menurutnya, Perancis antara negara paling awal menawarkan kursus bahasa Mandarin di Eropah. Seiring dengan perkongsian strategik China-Perancis yang dijalin pada beberapa tahun lalu, pembelajaran bahasa Mandarin berkembang pesat di Perancis.

Kini terdapat 100 ribu warga Perancis belajar bahasa Mandarin. Mandarin telah menjadi bahasa asing yang penggunaannya kelima paling meluas di negara itu selepas Inggeris, Sepanyol, Jerman dan Itali.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China