Cari:
Penghasilan Bijirin Sejagat Tertinggi dalam Sejarah
2017-10-06 15:04:22 CRI Cetak

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengunjurkan jumlah penghasilan bijirin sejagat pada tahun ini mencatat paras tertinggi dalam sejarah, iaitu melebihi 2.612 bilion tan.

Menurut laporan FAO yang dibentangkan dalam satu sidang mengenai situasi pembekalan dan permintaan bijirin seluruh dunia, penghasilan gandum di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia, serta jagung di China dan Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini amat baik.

FAO turut menjangka bahawa jumlah simpanan bijirin sejagat akan mencatat 720.5 juta tan menjelang akhir tahun 2018, tertinggi dalam sejarah.

Perdagangan bijirin di seluruh dunia juga dijangka meningkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China