Cari:
516 Institut Konfusius di 142 Negara
2017-10-07 12:53:04 CRI Cetak

Sebanyak 516 buah Institut Konfusius telah ditubuhkan di 142 buah negara dan kawasan di seluruh dunia. Dalam pada itu, 1076 Kelas Konfusius turut ditawarkan di sekolah rendah dan menengah.

Pelajar yang mengikuti pengajian bahasa Mandarin mencatat lebih 7 juta orang.

China mula menubuhkan institut pendidikan bukan membuat untung iaitu insititut Konfusius di luar negara untuk menyebarluaskan bahasa Mandarin dan budaya China sejak tahun 2004.

Menurut kaji selidik, terdapat 2.1 juta orang sedang mengikuti pengajian di pelbagai institut Konfusius pada masa ini. Antarnaya, 135 buah institut Konfusius dan 129 kelas Konfusius dibina di 51 buah negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Seiring dengan pembangunan ekonomi China dan interaksi China dengan negara-negara lain, keinginan untuk belajar bahasa Mandarin banyak meningkat. Kini, sejumlah 67 buah negara telah memasukkan bahasa Mandarin dalam sistem pendidikan negara masing-masing, selain 170 buah negara menawarkan kursus atau jurusan bahasa Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China