Cari:
India Mahu Intensifkan Kerjasama dengan EU
2017-10-07 12:59:14 CRI Cetak

Sidang Kemuncak India-Kesatuan Eropah (EU) selama sehari diadakan di New Delhi Jumaat. Kedua-dua pihak komited akan merapatkan kerjasama dalam bidang antikeganasan, perdagangan pelaburan, perubahan iklim, selain mungkin akan memulihkan rundingan perjanjian perdagangan bebas.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menegaskan pentingnya hubungan perkongsian strategik India dengan EU dan menyifatkan EU rakan dagang dan pelabur utama bagi negara itu.

Beliau berkata, kedua-dua pihak akan mengintensifkan kerjasama dalam membanteras keganasan dan menghadapi perubahn iklim. Bank Pelaburan Eropah akan membantu India menjalankan program sumber tenaga suria anjuran Persekutuan Tenaga Suria Antarabangsa (ISA).

Pengerusi Majlis Eropah, Donald Tusk‎ pula berkata, pihaknya mahu meningkatkan hubungan politik dengan India dan kerjasama antikeganasan. Mereka turut membincangkan keselamatan di kawasan Lautan Hindi dan isu pelarian Rohingya. Kedua-dua pihak akan meneruskan rundingan perjanjian perdagangan bebas apabila syarat-syarat dipenuhi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China