Cari:
15 Terbunuh Serangan Ganas di Pakistan
2017-10-07 14:29:04 CRI Cetak

Satu serangan letupan berani mati berlaku di sekitar satu tempat keagamaan di kawasan Nasirabad, provinsi Balochistan, Pakistan pada 5 Oktober lalu, menyebabkan 15 orang maut manakala 20 lagi cedera.

Sekurang-kurangnya 800 orang berada di tempat keagamaan tersebut apabila serangan berlaku.

Menurut jurucajap kerajaan Balochistan, penyerang itu meletupkan bahan letupan yang dibawanya apabila dihalang polis untuk memasuki tempat keagamaan itu. Jurucakap itu menjelaskan bahawa polis telah mendapat maklumat risikan sebelum serangan berlaku.

Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dan Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi mengecam kejadian serangan ini dan menyampaikan rasa simpati kepada mangsa.

Setakat ini, mangsa cedera sedang menjalani rawatan di hospotal dan semua hospital di kawasan Nasirabad telah memasuki keadaan darurat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China