Cari:
Sepanyol Batalkan Sidang Parlimen Catalonia
2017-10-07 14:56:22 CRI Cetak

Mahkamah Perlembagaan Sepanyol pada Khamis lalu mengumumkan pembatalan sidang pleno parlimen wilayah autonomi Catalonia yang bakal diadakan Isnin depan. Langkah ini bagi mengelakkan parti yang menyokong kemerdekaan Catalonia mengumumkan kemerdekaan wilayah itu berdasarkan keputusan pungutan suara yang diadakan sebelum ini.

Mahkamah itu telah memberikan amaran kepada presidium parlimen Catalonia bahawa mereka akan dikenakan tindakan di sisi undang-undang sekiranya sidang pleno parlimen itu diadakan.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy juga menuntut Pengerusi wilayah Catalonia, Carles Puigdmeont meletakkan jawatan agar mengelakkan kesalahan yang lebih besar.

Wilayah Catalonia telah mengadakan pungutan suara kemerdekaan pada 1 Oktober lalu. Parlimen wilayah itu pada 4 Oktober lalu mendakwa akan mengumumkan kemerdekaan secara sepihak dalam sidang pleno parlimen pada Isnin depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China