Cari:
Arab Saudi: Kembangkan Hubungan dengan Rusia Tidak Jejas Kerjasama dengan AS
2017-10-08 14:03:28 CRI Cetak

Mengembangkan hubungan dengan Rusia sama sekali tidak akan menjejaskan kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir ketika diwawancara oleh media semalam.

Menurutnya, Arab Saudi berusaha mengembangkan hubungan kerjasama dengan pelbagai negara termasuk Rusia.

Kerjasama antara Arab Saudi dengan Rusia dan AS bermanfaat bagi menyelesaikan masalah serantau. Pihaknya menyifatkan Rusia negara bersahabat. Pelaburan Arab Saudi di Rusia tidak melanggar undang-undang antarabangsa. Masyarakat antarabangsa mungkin akan mencapai persetujuan bagi membatalkan sekatan terhadap Rusia tidak lama lagi.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan rundingan dengan Raja Arab Saudi dalam rangka lawatan pertama baginda ke Rusia pada Khamis lalu. Kedua-dua pihak memeterai 14 dokumen kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China