Cari:
Dua Askar Arab Saudi Dibunuh dalam Serangan
2017-10-08 15:11:50 CRI Cetak

Sebanyak 2 askar Pasukan Pengawal Diraja Arab Saudi yang menjaga istana di Jeddah dibunuh manakala 3 lagi cedera dalam serangan semalam.

Demikian maklumat oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Menurut jurucakap kementerian itu, Turki Al-Faisal, penyerang itu memandu kereta dan berhenti di pintu Al Salam, istana di Jeddah, dan melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja sebelum ditembak mati oleh pengawal lain.

Turki berkata, penyerang yang berumur 28 tahun itu ialah warga Arab Saudi. Dia membawa sebatang senapang automatik Kalashinikov dan tiga buah bom bakar apabila melancarkan serangan. Kerja siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China