Cari:
Wanita Palestin, Israel Berarak untuk Keamanan
2017-10-09 11:12:00 CRI Cetak

Beribu-ribu wanita dari Palestin dan Israel telah mengadakan perarakan di Jerico, tebing barat Sungai Jordan untuk menggesa Israel menamatkan pendudukan di wilayah Palestin, demi keamanan kedua-dua negara.

Kempen bertemakan "menuntut keamanan" itu dianjurkan aktivis wanita Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam sepucuk surat kepada peserta perarakan tersebut menegaskan pentingnya Palestin dan Israel mengadakan semula rundingan dan membina negara Palestin yang berdaulat berdasarkan "Rancangan Dua Negara", selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China