Cari:
Armada China Akhiri Lawatan ke London
2017-10-09 13:43:20 CRI Cetak

Armada pengawal ke-26 tentera laut China berlepas dari London kelmarin setelah selesai mengadakan lawatan muhibah selama lima hari di Britain.

Seramai beberapa ratus orang termasuk Duta Besar China ke Britain, wakil Tentera Laut Diraja Britain serta wakil perantau dan pelajar China berkumpul di pelabuhan untuk mengucapkan selamat jalan kepada armada tersebut.

Dalam tempoh lawatan itu, pihak tentera China telah mengundang pegawai kanan kerajaan dan tentera Britain melawat kapal serta mengadakan aktiviti termasuk hari terbuka dan jamuan di dek. Pelbagai aktiviti pertukaran termasuk seminar penyelamatan bencana dan perlawanan bola sepak turut diadakan.

Menurut komander armada China, Wang Zhongcai, tentera laut China pernah mengadakan lawatan ke Britain sebanyak empat kali sejak tahun 2000, manakala tentera laut Britain pernah sebanyak lapan kali melawat Shanghai, Qingdao dan tempat-tempat lain di China.

Pertukaran lawatan tersebut menggambarkan keeratan hubungan tentera laut dua negara ini, serta hasrat kedua-dua pihak untuk meningkatkan pertukaran lawatan dan kerjasama antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China