Cari:
AS Gantung Perkhidmatan Visa di Turki
2017-10-09 14:38:42 CRI Cetak

Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Turki mengumumkan semalam bahawa pihaknya menggantung semua perkhidmatan visa bukan untuk tujuan imigrasi, berikutan pertimbangan isu keselamatan.

Duta Besar AS ke Turki dalam satu kenyataan melalui Twitter berkata situasi terkini memaksa pihaknya menilai semula perjanjian keselamatan kerajaan Turki terhadap kedutaan dan pegawai AS. Keputusan menggantung perkhidmatan visa berkenaan dibuat bagi mengurangkan jumlah pelawat ke kedutaan tersebut.

Pada 15 Julai tahun lalu, percubaan merampas kuasa di Turki mengakibatkan hampir 250 orang maut. Kerajaan Turki mendakwa gerakan itu didalangi Gulen, ulama Turki yang tinggal di AS dan menggesa AS mengekstradisi Gulen ke Turki. Gerakan Gulen yang dipimpinnya telah diklasifikasikan sebagai pertubuhan keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China