Cari:
Gencatan Senjata di Sudan Dilanjutkan
2017-10-09 14:41:50 CRI Cetak

Presiden Sudan, Omar al-Bashir mengumumkan malam semalam bahawa gencatan senjata sepihak di kawasan konflik negara itu dilanjutkan hingga bulan Disember tahun ini.

Lapor sebuah agensi berita Sudan, keputusan tersebut dibuat untuk menyediakan suasana yang kondusif bagi rundingan antara kedua-dua pihak berkonflik, agar kedamaian dan kestabilan di seluruh Sudan dapat diwujudkan secepat mungkin, disusuli usaha membangunkan negara.

Tentera Sudan telah bertempur dengan puak pembangkang, Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan-Sektor Utara (SPLM-North) sejak 2011.

Pada Januari 2014, Presiden Bashir memulakan proses dialog di seluruh negara bagi menyelesaikan konflik bersenjata dan mewujudkan kedamaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China