Cari:
Pertumbuhan Ekonomi China Tahun Ini Catat 6.5%
2017-10-11 16:34:33 CRI Cetak

Ekonomi China mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan beroperasi pada julat yang munasabah dalam tempoh lima tahun lalu, manakala kekuatan komprehensif dan pengaruhnya di arena antarabangsa semakin besar.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Biro Statistik Negara (NBS) China, Ning Jijie di Beijing semalam.

Menurut beliau, ekonomi China tahun ini mampu mewujudkan pertumbuhan pada kadar 6.5% seperti yang diunjurkan, tanpa masalah.

Dalam tempoh antara tahun 2013 hingga 2016, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 7.2% secara purata setiap tahun, iaitu melebihi RMB 4.4 trilion (RM2.8 trilion) setahun. Dalam tempoh sama, KDNK seluruh dunia mencatat 2.6% manakala entiti ekonomi membangun, 4%.

Pada tahun lepas, KDNK China mencapai RMB74 trilion (RM47 trilion), 1.32 kali ganda berbanding tahun 2012. Pengeluaran bijirin, daging, kacang tanah, besi dan keluli dan automobil menduduki tempat pertama di dunia, begitu juga landasan kereta api berkelajuan tinggi yang sepanjang 23 ribu kilometer.

Setakat penghujung September lalu, rizab pertukaran asing negara ini mencatat kira-kira USD 3.1 trilion (RM13 trilion), yang kekal menduduki tempat pertama di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China