Cari:
Pusat Media Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC Beroperasi
2017-10-12 11:38:14 CRI Cetak

Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang terletak di Hotel Media Beijing mula beroperasi secara rasmi semalam.

Pusat media itu menyediakan perkhidmatan kepada wartawan tempatan dan asing termasuk memberikan pas wawancara, menerima permohonan dan mengaturkan aktiviti wawancara berkenaan.

Kongres Kebangsaan ke-19 PKC akan diadakan di Beijing pada 18 Oktober nanti. Pendaftaran wartawan dan permohonan untuk mengadakan wawancara dibuka pada 8 hingga 25 September lalu.

Naib Ketua Pusat Media Kongres Kebangsaan ke-19, Puan Wang Dongmei memaklumkan bahawa perkhidmatan yang disediakan pusat media itu terutamanya mengaturkan sidang taklimat, sidang media, wawancara secara berkumpulan dan berasingan, serta lawatan dan wawancara ke tempat lain. Pusat media juga akan menyediakan berita serta menjamin kelancaran sambungan internet dan telekomunikasi.

Pada tahun ini, aplikasi WeChat serba baharu disediakan pusat media berkenaan untuk memudahkan wartawan membuat pertanyaan dan mendapatkan maklumat dengan tepat dan cepat.

Portal pusat media iaitu Http://19th.cpcnews.cn dan akaun WeChat dengan nama cpcnews19th telah dilancarkan semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China