Cari:
Syarikat Inovatif Nanning-Zhongguancun Tembusi Pasaran Luar
2017-10-12 11:41:25 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping telah meninjau Pangkalan Inovasi Nanning-Zhongguancun yang terletak di zon pembangunan teknologi canggih Nanning, Guangxi pada 20 April lalu.

Beliau ketika itu menegaskan perlunya sebuah sistem yang berdaya tarikan untuk membolehkan benih-benih inovasi yang disemai tumbuh, membesar dan berbuah dalam suasana yang kondusif.

Sejajar dengan harapan Setiausaha Agung Xi itu, pangkalan tersebut telah giat menarik kemasukan banyak syarikat yang inovatif, ada antaranya berjaya menembusi pasaran negara-negara ASEAN dan di rantau lain.

Zhongguancun Beijing yang digelar "Lembah Silikon China", merupakan lambang kemajuan inovasi negara ini, manakala Wilayah Autonomi Guangxi bersempadan dengan negara-negara ASEAN. Pada 24 Julai tahun lepas, pangkalan Nanning-Zhongguancun mula beroperasi dengan empat industri utama iaitu pembuatan pintar, teknologi maklumat, kesihatan serta perkhidmatan sains dan teknologi.

Dalam tempoh setahun lalu, pengoperasian pangkalan itu amat berhasil. Menurut Ketua Eksekutif Operasi pangkalan itu, Guo Qiang, sekarang pangkalan itu mempunyai 33 buah syarikat utama dari pelbagai industri dan 37 buah syarikat inkubator yang inovatif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China