Cari:
IMF: Sistem Kewangan Rapuh Gugat Ekonomi Sejagat
2017-10-12 12:44:29 CRI Cetak

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menyatakan, situasi kewangan dunia semakin stabil, tetapi kerapuhan yang kekal wujud dalam sistem berkenaan dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan sejagat.

IMF dalam Laporan Kestabilan Kewangan Dunia yang dikeluarkan semalam berkata, entiti ekonomi utama dunia terus mengamalkan dasar kewangan yang longgar membantu menyokong pertumbuhan ekonomi dan mendorong kadar inflasi kembali ke julat yang disasarkan, tetapi pada masa yang sama mengakibatkan kenaikan nilai aset serta nisbah leveraj.

Menurut laporan itu, seiring dengan institusi kewangan semakin mengejar keuntungan, risiko kestabilan kewangan telah menular dari industri perbankan ke sektor kewangan bukan perbankan.

IMF menyatakan bahawa bank pusat utama di dunia perlu mengambil langkah untuk mengawal risiko sistem kewangan di samping memelihara dasar kewangan yang sederhana bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China