Cari:
Beijing Rancang Bina Lebuh Raya untuk Basikal
2017-10-12 13:24:58 CRI Cetak

Bandar Beijing akan menaiktarafkan laluan untuk basikal dan pejalan kaki sepanjang 600 kilometer pada tahun ini.

Menurut pelan penaiktarafan pengangkutan bagi tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13 yang diumumkan kerajaan Beijing baru-baru ini, laluan basikal dan pejalan kaki sepanjang 3,200 kilometer akan diperbaiki menjelang tahun 2020.

Sementara itu, pembinaan sebuah lebuh raya untuk basikal yang menghubungkan Tiantongyuan dan Zhongguancun sejauh sembilan kilometer kini dalam perancangan dan akan dilaksanakan pada tahun depan. Laluan dua lorong itu lebar lima hingga tujuh meter, sebahagiannya di aras bumi dan sebahagian di atas jejambat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China