Cari:
AS Berundur daripada UNESCO
2017-10-13 14:03:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk berundur daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menurut fasal berkenaan, pengunduran itu akan berkuat kuasa secara rasmi pada 31 Disember 2018.

Demikian diumumkan dalam satu kenyataan Jabatan Negara AS pada 12 Oktober lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert dalam kenyataan itu berkata, AS telah memaklumkan keputusan tersebut kepada Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Menurutnya, AS akan terus menyertai pelbagai kegiatan penting UNESCO, termasuk perlindungan warisan sedunia dan menggerakkan kerjasama pendidikan dan teknologi sejagat pada masa depan, sebagai pemerhati tetap pertubuhan itu.

Irina Bokova turut menyampaikan rasa kesal atas keputusan AS itu.

Ini bukan kali pertama AS berundur daripada UNESCO. Negara itu pernah berundur dari pertubuhan itu pada 1984 dan kembali pada 2003.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China