Cari:
China Tarik Pelaburan Asing Paling Banyak
2017-10-13 11:38:44 CRI Cetak

China merupakan negara yang menarik pelaburan asing paling banyak antara negara membangun secara 25 tahun berturut-turut.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng menyatakan demikian di Beijing semalam.

Beliau berkata, dari tahun 2013 hingga 2016, syarikat pelaburan asing yang baharu di China berjumlah lebih 10 ribu buah. Berikutan pelaksanaan dasar rangsangan oleh kerajaan termasuk melonggarkan syarat akses pelaburan asing, mempercepat inovasi dan penaiktarafan zon pembangunan ekonomi dan teknologi negara dan zon kerjasama ekonomi kawasan sempadan, pelaburan asing di China mengekalkan skop yang stabil. Pada tahun 2016, penggunaan pelaburan asing di negara ini berjumlah RMB864.4 bilion(RM555.6 bilion), meningkatkan 3% berbanding tahun 2015.

Pelaburan asing lebih banyak dilaburkan ke dalam industri teknologi canggih. Menurut data statistik, syarikat rentas sempadan telah membina lebih 2,400 buah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun lalu.

Di samping itu, sumbangan pelaburan asing kepada ekonomi nasional juga terus meningkat. Menurut statistik berkenaan, sekarang jumlah syarikat pelaburan asing yang menempati 3% jumlah syarikat di China telah menyumbang hampir separuh perdagangan luar dan 1/5 pendapatan kewangan negara.

Kementerian Perdagangan China akan terus memperluas sektor sektor yang terbuka kepada pelabur asing dan menyediakan suasana perniagaan yang baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China