Cari:
Hamas dan Fatah Tandatangani Perjanjian Damai
2017-10-13 13:21:54 CRI Cetak

Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) yang dipimpin oleh President Palestin, Mahmoud Abbas dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah menandatangani perjanjian di Kaherah, Mesir semalam yang bersetuju menamatkan keadaan perpecahan dan mewujudkan kedamaian. Mengikut perjanjian, Fatah akan mengambil alih pentadbiran Genting Gaza daripada Hamas bermula 1 Disember nanti.

Selepas perjanjian damai tersebut ditandatangani, Presiden Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataan bahawa perjanjian ini akan mengakhiri perpecahan domestik serta mewujudkan perpaduan rakyat, wilayah dan pelbagai agensi. Beliau menuntut kerajaan dan semua agensi segera melaksanakan perjanjian ini, di samping mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi kerana Mesir telah memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian perjanjian berkenaan.

Jurucakap kerajaan Palestin, Yousef Al-Mahmoud mengeluarkan kenyataan semalam yang menyifatkan perjanjian itu sebagai kejayaan bangsa yang agak besar dan menganggap ia akan meneroka satu jalan yang luas bagi mewujudkan semula perpaduan bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China