Cari:
Trump Bidas Iran, Masyarakat Antarabangsa Risau
2017-10-14 15:45:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengutuk Iran tidak mematuhi "semangat" perjanjian komprehensif berhubung program senjata nuklear Iran, dan melanggar syarat perjanjian itu dari beberapa aspek.

Dalam pada itu, Trump menolak mengemukakan pengesahan kepada Kongres AS mengenai sama ada Iran menunaikan komitmen dalam perjanjian tersebut atau tidak.

Namun , Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) beranggapan bahawa Iran telah menunaikan komitmen berkenaan berdasarkan perjanjian tersebut.

Selain IAEA, Rusia, Perancis, Jerman dan Britain melahirkan kebimbangannya terhadap kecaman Trump terhadap Iran tersebut. Keempat-empat negara turut menggesa pihak-pihak terlibat menunaikan kewajipan masing-masing.

Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Oktober lalu menyatakan bahawa Iran telah melaksanakan komitmen negara itu dalam perjanjian nuklear berkenaan, selain menerima pemeriksaan ketat IAEA.

Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan yang diterbitkan melalui laman web rasminya pada malam hari itu berkata, negaranya merasa kesal tentang kenyataan Trump. Rusia tetap mematuhi perjanjian nuklear Iran dan komited untuk mengekalkan perjanjian itu berkuatkuasa.

Bagaimanapun,, Israel dan Arab Saudi menyokong kenyataan Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China