Cari:
Peniaga Cina Anggap China Penuh Peluang Perniagaan
2017-10-14 14:33:32 CRI Cetak

Pada tempoh lima tahun lalu, berikutan pembangunan ekonomi China yang stabil dan daya saing produk China meningkat dengan pesat, pasaran China semakin menarik perhatian golongan peniaga Cina di seberang laut.

Naib Ketua Pertubuhan Peniaga Cina di Hamburg Jerman yang juga Ketua Pengarah Pertubuhan Penggalakan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) Eropah-China, Puan Wang Wen menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, terutamanya selepas Setiausaha Agung Jawantankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping mengemukakan untuk membina hubungan baharu antara kerajaan dengan usahawan yang mesra dan bersih, semakin ramai peniaga Cina di Jerman mengaitkan rapat urus niaga mereka dengan China. Boleh dikatakan golongan peniaga Cina adalah antara penyumbang kepada pembangunan ekonomi China.

Ketika membicarakan Kongres Kebangsaan ke-19 PKC yang bakal diadakan minggu depan, Puan Wang Wen penuh keyakinan terhadap pembangunan negara China dan berharap industri pembuatan China akan mencapai peningkatan besar pada aspek teknikal dan juga teknologi pintar.

Beliau menyatakan bahawa peniaga Cina di seberang laut menganggap bahawa lebih banyak peluang perniagaan akan disediakan di China selepas sidang tersebut diadakan, dan peluang-peluang itu juga akan berperanan mendorong ekonomi dan kerjasama antara China dengan negara-negara terlibat pembangunan inisiatif B&R ditingkatkan ke tahap baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China