Cari:
Penggunaan Pelaburan Asing di China Tingkat 1.6%
2017-10-14 14:39:32 CRI Cetak

Pada tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah pelaburan asing digunakan di China meningkat 1.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat RMB618.57 bilion (RM397 bilion). Jumlah syarikat pelaburan asing baharu yang berdaftar di seluruh China meningkat 10.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, mencapai 23,541 buah.

Menurut angka terkini yang diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam, pelaburan asing yang ditarik China dalam sektor industri pembuatan naik semula. Dalam tempoh sembilan bulan tersebut, penggunaan pelaburan asing dalam sektor itu meningkat 7.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan mencatat RMB181.76 bilion (RM117 bilion), iaitu menempati 29.4% keseluruhan pelaburan asing di China.

Selain itu, industri pembuatan teknologi tinggi dan industri perkhidmatan teknologi tinggi dikekalkan pertumbuhan yang pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China