Cari:
Seminar Peringkat Tinggi B&R di Washington
2017-10-14 15:53:34 CRI Cetak

Kementerian Kewangan China bersama Bank Dunia (WB) mengadakan satu seminar peringkat tinggi yang bertemakan "Jalur dan Laluan" (B&R) di Washington, Amerika Syarikat (A.S) kelmarin. Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim, Naib Menteri Kewangan China, Shi Yaobin, Naib Perdana Menteri Kazakhastan, Yerbolat Dossayev, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dan Presiden Bank Pembangunan Pelaburan Asia, Jin Liqun telah menghadiri seminar itu dan menyertai perbincangan berkenaan.

Jim Yong Kim telah menyanjung tinggi inisiatif B&R. Beliau menganggap inisiatif B&R yang dikeluarkan oleh Presiden China, Xi Jinping telah menyediakan cadangan pelbagai hala untuk menyelesaikan masalah global, dan menggambarkan kebijaksanaan dan sikap tanggungjawab pemimpin China. Rakyat pelbagai negara di dunia akan memanfaatkan Inisiatif B&R yang dilihat selaras dengan moto dan manifesto agensi kewangan antarabangsa termasuk WB yang sudi menjadi pelopor dalam pelaksanaannya. Menurut beliau, Forum Peringkat Tinggi B&R disarankan akan diadakan sempena Sidang Musim Bunga WB dan Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada bulan April dan sidang tahunan kedua-dua institusi ini pada bulan Oktober setiap tahun.

Dalam seminar itu, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati menganggap bahawa inisiatif B&R bukan sahaja dapat menggalakkan pembinaan infrastruktur dan kesalinghubungan di negaranya serta perhubungan antara Indonesia dengan negara ASEAN lain, bahkan memberikan tumpuan kepada usaha memudahkan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China