Forum Parlimen Negara-negara BRICS 2017 yang bertemakan "meningkatkan kerjasama dan interaksi antara parlimen, mendorong pelaksanaan hasil pertemuan pemimpin BRICS di Xiamen" telah diadakan di St.Petersburg, Rusia semalam.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Zhang Ping.
Beliau menyatakan bahawa dalam pertemuan pemimpin BRICS di Xiamen, Presiden China Xi Jinping telah menunjukkan hala tuju kerjasama BRICS pada masa depan.
Berdasarkan kata sepakat dicapai dalam pertemuan itu, badan perundangan lima negara terlibat perlu bergabung tenaga untuk menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus global, meningkatkan perkongsian pengalaman dalam pentadbiran negara dan mewujudkan persekitaran undang-undang yang baik untuk kerjasama BRICS.