Cari:
Media Asing Puji Pimpinan PKC
2017-10-15 14:14:44 CRI Cetak
Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang bakal diadakan di Beijing minggu depan telah menarik perhatian dunia.

Baru-baru ini, media Singapura, Jerman dan India masing-masing menyiarkan rencana pengarang untuk memuji hasil pembangunan dalam pelbagai bidang yang dicapai China di bawah pimpinan PKC sepanjang lima tahun lalu. Mereka menganggap kongres PKC nanti pasti akan membawa impak besar kepada China bahkan dunia.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam beberapa rencananya menumpukan perhatian kepada hasil yang dicapai China dalan usaha membasmi rasuah.

Rencana itu menyatakan bahawa kesungguhan kerajaan China untuk memerangi rasuah melalui langkah-langkah tegas telah meninggalkan impresi mendalam kepada dunia luar. Hasil yang dicapai PKC dalam usaha tersebut disambut baik oleh rakyat.

Rencana itu juga menyebut bahawa dalam aspek pembinaan sistem antirasuah, China pernah melakukan banyak cubaan termasuk membina sistem pemeriksaan di pelbagai peringkat.

Selain itu, Jawatankuasa Pusat PKC telah mengeluarkan siri peraturan baharu bagi mengetatkan disiplin parti sebagai sebahagian usaha untuk menyempurnakan sistem antirasuah.

Akhbar The Straits Times Singapura dalam rencananya menyebut bahawa usaha mempercepat pembangunan masyarakat kaya akan terus menjadi tumpuan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC. China telah menjadi teladan dalam pembasmian kemiskinan di dunia, dan PKC masih giat meneruskan usaha berkenaan.

Akhbar Die Welt Jerman dalam satu rencana yang disiarkan melalui laman sesawangnya pula menyatakan bahawa PKC akan menetapkan hala tuju pembangunan China pada masa depan dalam kongres nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China