Cari:
Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC
2017-10-15 15:41:37 CRI Cetak

Sidang Pleno ke-7 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 11 hingga 14 Oktober lalu, dihadiri 191 anggota dan 141 anggota ganti Jawatankuasa Pusat PKC.

Dalam sidang yang dipengerusikan Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC itu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting.

Sidang itu memutuskan bahawa Kongres Kebangsaan ke-19 PKC diadakan di Beijing pada 18 Oktober.

Sidang pleno itu telah mendengar dan membincangkan laporan kerja yang dibentangkan Xi Jinping.

Turut dibincangkan dan diluluskan, laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC kepada Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, laporan kerja Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin PKC (CCDI) dan pindaan Konstitusi PKC.

Tiga dokumen tersebut akan diserahkan kepada Kongres Kebangsaan ke-19 PKC untuk diperiksa dan dibahaskan.

Dalam sidang itu, Xi Jinping telah membuat penjelasan tentang laporan Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC yang akan diserahkan kepada Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, manakala Liu Yunshan telah menerangkan pindaan Konstitusi PKC kepada para hadirin.

Sidang pleno itu telah menganalisis situasi dan tugas semasa secara menyeluruh, membincangkan isu-isu penting secara mendalam dan membuat persiapan yang rapi untuk Kongres Kebangsaan ke-19 PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China