Cari:
Ekspo Import dan Eksport China ke-122
2017-10-16 11:41:31 CRI Cetak

Ekspo Import dan Eksport China atau yang lebih dikenali sebagai Canton Fair ke-122 dirasmikan di Guangzhou, China hari Ahad.

Ekspo yang meliputi kawasan pameran seluas 1.185 juta meter persegi ini diadakan secara tiga fasa, dengan penglibatan 620 syarikat dari 33 buah negara dan wilayah pada kali ini.

Menurut jurucakap penerangan ekspo itu, Xu Bing, walaupun iklim ekonomi dalam dan luar negara agak rumit pada masa ini, dan perlindungan perdagangan semakin ketara, jumlah syarikat pembeli terlibat dalam ekspo ini terus meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Dengan berlandaskan konsep inovatif, harmoni, mesra alam, terbuka dan berkongsi, Canton Fair yang diadakan dua kali setahun, akan terus memainkan peranannya sebagai platform untuk menggalakkan kerjasama perdagangan dalam segenap aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China