Cari:
Trump Mahu Isu Nuklear DPRK Selesai Secara Diplomatik
2017-10-16 13:50:03 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson dalam temu bual bersama agensi media CNN semalam berkata, Presiden Donald Trump menyokong usaha menyelesaikan isu nuklear Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) secara diplomatik, tanpa melibatkan kekerasan.

Penasihat Keselamatan Negara, Herbert McMaster pada hari yang sama memaklumkan Stesen Televisyen Fox bahawa DPRK telah tersalah tanggap pembangunan senjata nuklear dapat menjanjikan keselamatan kepada negaranya. Kata McMaster, Trump akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah serangan DPRK ke atas AS.

Pada 3 September lalu, DPRK sekali lagi menjalankan ujian nuklear tanpa menghiraukan bantahan masyarakat antarabangsa. Pada 11 September, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sebulat suara meluluskan resolusi 2375 yang membawa sekatan baharu terhadap DPRK.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert, saluran diplomatik tetap pilihan pertama Washington dalam menangani isu nuklear DPRK, namun tindakan ketenteraan tidak diketepikan sekiranya perlu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China