Cari:
Armada China Tiba di Perancis
2017-10-16 12:27:33 CRI Cetak

Armada pengawal ke-26 tentera laut China tiba di Toulon semalam untuk memulakan lawatan muhibah selama empat hari di Perancis.

Wakil tentera laut Perancis, diplomat Kedutaan Besar China serta orang Cina tempatan telah menyertai upacara sambutan yang meriah untuk mengalu-alukan kedatangan armada itu.

Dalam tempoh lawatan, armada China akan mengadakan beberapa aktiviti seperti jamuan di geladak, menerima lawatan awam, menziarahi ahli politik dan pegawai tentera Perancis, mengadakan latihan bersama dengan tentera laut Perancis serta pertandingan sukan.

Aktiviti-aktiviti tersebut bagi membolehkan rakyat Perancis lebih mendekati tentera laut China serta merapatkan persahabatan dan kerjasama antara pasukan tentera dan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China