Cari:
Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC Bakal Dirasmikan
2017-10-17 19:57:05 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang akan berlangsung selama tujuh hari, akan membuka tirainya esok. Lima agenda utama kongres ini termasuk pemindaan piagam parti.

Jurucakap kongres tersebut, Tuo Zhen dalam sidang media yang diadakan di Beijing petang tadi memberitahu media bahawa pemindaan piagam parti merupakan salah satu agenda penting kongres kali ini. Piagam parti setelah dipinda harus mencerminkan strategi dan konsep pentadbiran negara yang dikemukakan oleh kerajaan pusat untuk memenuhi situasi terkini.

Antara agenda lain kongres kali ini termasuk mendengar dan membahaskan laporan oleh Jawatankuasa Pusat Ke-18 PKC; membahaskan laporan kerja Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Ke-18 PKC; memilih Jawatankuasa Pusat Ke-19 PKC; dan memilih Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat Ke-19 PKC.

Seramai 2280 orang wakil parti akan menyertai Kongres Kebangsaan Ke-19 bermula esok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China