Cari:
Lawatan Rombongan Xinjiang ke Jerman
2017-10-17 15:33:03 CRI Cetak

Rombongan yang terdiri daripada pakar, sarjana dan wakil agama Islam dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China melawat ke Yayasan Sains dan Politik Jerman di Berlin semalam.

Satu sesi perbincangan dengan penyelidik isu Asia di institusi tersebut telah diadakan.

Ketua rombongan China, Wang Yanzhong telah menghuraikan pencapaian Xinjiang dalam bidang pembangunan sosioekonomi, peningkatan taraf hidup, pewarisan budaya, perlindungan alam sekitar dan kebebasan beragama.

Menurutnya, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah membawa peluang pembangunan yang amat besar kepada Xinjiang.

Kedua-dua pihak dalam pertemuan itu bersependapat bahawa peningkatan kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat amat penting bagi usaha antikeganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China