Cari:
#Live China Sasarkan Negara Sosialis Moden Kuat Jelang Pertengahan Abad Ini
2017-10-18 11:57:41 CRI Cetak

Laporan yang dibentangkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC menyebut, China menyasarkan pembangunan negara sosialis moden yang kuat menjelang pertengahan abad ini berdasarkan matlamat mewujudkan masyarakat kaya secara menyeluruh menjelang tahun 2020.

Menurut laporan itu, China akan merealisasikan pemodenan sosialis pada asasnya menjelang 2035.

Pada masa itu, daya kelembutan negara dari segi ekonomi, teknologi dan budaya akan meningkat dengan ketara.

Negara, kerajaan dan sosial yang ditadbir di sisi undang-undang dibentuk, manakala sistem tadbir urus negara dimodenkan.

Di samping itu, kehidupan rakyat akan lebih baik, dengan golongan berpendapatan sederhana semakin bertambah.

Jurang perbezaan pembangunan antara bandar dengan luar bandar serta jurang perbezaan taraf hidup rakyat akan banyak dikecilkan, dan sistem perkhidmatan awam dapat dinikmati secara sama rata.

Persekitaran ekologi dibaiki, yang membolehkan matlamat untuk membangunkan China yang indah tercapai.

Laporan tersebut menyatakan bahawa bangsa Cina akan tampil di pentas dunia dengan semangat jati diri yang lebih teguh pada masa itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China