Cari:
#Live Golongan Miskin Desa China akan Terlepas Daripada Belenggu Kemiskinan Menjelang 2020
2017-10-18 12:58:27 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawantankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam laporan yang dibentangkan dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC hari ini menegaskan bahawa kerajaan akan berusaha untuk menjamin golongan miskin di desa China terlepas daripada belenggu kemiskinan menjelang tahun 2020, menyelesaikan masalah kemiskinan di semua kaunti dan kawasan yang miskin, memberikan bantuan kepada golongan miskin supaya mereka benar-benar membebaskan diri daripada kemikinan.

Sehubungan itu, PKC akan menggerakkan semua anggota PKC dan pelbagai lapisan masyarkat menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan melepaskan mereka daripada kemiskinan, di samping mengekalkan mekanisme kerja, iaitu kerajaan pusat membuat rancangan secara komprehensif, kerajaan pelbagai provinsi memikul tanggungjawab yang menyeluruh dan kerajaan peringkat bandar dan kaunti melaksanakan tugas. Dalam tugas itu, pegawai utama parti dan kerajaan mesti memikul tanggungjawab dan menaruh perhatian untuk memupuk semangat dan menawarkan latihan kepada golongan miskin dalam usaha membasmi kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China