Cari:
#Live China Percepat Pembangunan Tamadun Ekologi
2017-10-18 13:13:48 CRI Cetak

Xi Jinping dalam laporan pada Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa China akan mempercepat penggubalan undang-undang dan dasar mengenai pengeluaran dan penggunaan hijau, membina sistem ekonomi karbon rendah dan memajukan kewangan hijau.

China akan meningkatkan kawalan pencemaran atmosfera, air dan tanah, menaikkan standard pelepasan bahan cemar, dan giat menyertai tadbir urus alam sekitar global.

China juga akan melaksanakan projek-projek mega untuk melindungi dan membaikpulih sistem ekologi, mewujudkan mekanisme pampasan kemusnahan ekologi yang berorientasikan pasaran dan pelbagai, menubuhkan agensi pengurusan aset sumber semula jadi dan penyeliaan ekologi milik negara, serta membina sistem kawasan simpanan semula jadi yang mengutamakan taman negara.

Persekitaran ekologi akan dibaiki menjelang 2035, yang membolehkan matlamat membangunkan China yang indah direalisasikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China