Cari:
#Live PKC Sokong Kerajaan HK, Makau
2017-10-18 14:01:11 CRI Cetak

Laporan yang dibentangkan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC menegaskan bahawa "satu negara dua sistem" adalah sistem yang paling baik bagi menjamin kemakmuran dan kestabilan berkekalan di Hong Kong dan Makau dalam jangka masa panjang.

PKC menyokong kerajaan dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang, serta usaha mereka untuk menambah baik kesejahteraan rakyat, mendorong demokrasi secara teratur, memelihara kestabilan sosial, dan melaksanakan tanggungjawab termaktub dalam perlembagaan bagi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Laporan itu menyebut bahawa dasar "Hong Kong ditadbir rakyat Hong Kong" dan "Makau ditadbir rakyat Makau" mesti dikekalkan. Dalam pada itu, usaha akan dilakukan untuk membangunkan dan menguatkan barisan patriot, serta memperkukuh semangat patriotisme dan kesedaran identiti bangsa di kalangan rakyat Hong Kong dan Makau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China