Cari:
Guterres Seru Basmi Kemiskinan dari Akarnya
2017-10-18 12:14:10 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyeru seluruh dunia bertindak membasmi punca kemiskinan agar visi mewujudkan masyarakat tanpa kemiskinan dapat dicapai.

Beliau ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Dunia berkata, sasaran pertama Agenda 2030 Pembangunan Mapan PBB adalah menghapuskan kemiskinan dalam apa jua bentuk.

Walaupun masyarakat antarabangsa telah mencapai kemajuan dalam usaha membasmi kemiskinan, tetapi masih terdapat lebih 800 juta orang hidup dalam kemiskinan di seluruh dunia, dan ada banyak lagi dibelenggu masalah pengangguran, ketidaksamarataan dan konflik.

Masyarakat antarabangsa perlu mendengar suara hati golongan berkenaan dan berusaha bersama-sama untuk menjamin kesejahteraan seluruh umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China