Cari:
Masyarakat Antarabangsa Nilai Tinggi Pimpinan PKC
2017-10-19 16:57:52 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC)dirasmikan pagi semalam.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dalam laporannya menyatakan bahawa China telah mencapai hasil bersejarah dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta modenisasi sosialis sepanjang lima tahun lalu. Pencapaian tersebut turut membuka lembaran baharu pembangunan negara.

Ramai tokoh politik, sarjana dan media asing menilai tinggi pencapaian China di bawah pimpinan PKC, serta kesungguhan negara ini menyumbang buah fikiran untuk penyelesaian isu-isu global.

Mereka bersependapat bahawa mengekalkan kepimpinan PKC dan jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri merupakan kunci kejayaan China dan juga hala tuju tepat untuk China terus melangkah ke hadapan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Hoang Binh Quan berkata, sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan, Xi Jinping dan PKC telah membawa rakyat China mencapai hasil pembangunan sosioekonomi yang besar.

Pada masa yang sama, PKC juga terus melaksanakan pentadbiran negara berdasarkan undang-undang, mengetatkan disiplin parti, di samping mengemukakan konsep, buah fikiran dan strategi baharu mengenai pentadbiran negara.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura mengulas bahawa komitmen PKC membanteras rasuah hingga ke akar umbi membuahkan hasil dan mendapat sokongan rakyat.

Pakar isu antarabangsa dari Institut Pentadbiran Pembangunan (NIDA) Thailand, Li Renliang pula berkata, pencapaian China membuktikan teori, jalan pembangunan dan sistem politik yang dipilih China adalah tepat.

PKC juga terus menyempurnakan jalan pembangunan sosialisme bercirikan China mengikut keadaan sendiri, dan menginovasi teori tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China