Cari:
AS: China Tidak Manipulasi Kadar Pertukaran
2017-10-19 14:11:54 CRI Cetak

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syariakt (AS) mengumumkan laporan tentang polisi kadar pertukaran mata wang setengah tahun pertama tahun ini pada Selasa lalu. Laporan itu menyebut bahawa China tidak memanipulasi kadar pertukaran mata wang. Ini kali kedua AS membuat tanggapan sedemikian sejak Donald Trump memegang jawatan presiden.

Jabatan itu mengumumkan Laporan Ekonomi dan Polisi Pertukaran Wang Antarabangsa mengenai rakan-rakan dagang utama negara itu. Laporan itu menyebut, beberapa rakan dagang utamanya tidak memanipulasi kadar pertukaran mata wang. Walau bagaimanapun, lima negara termasuk China, Jepun, Jerman, Korea Selatan, dan Switzerland disenaraikan sebagai negara yang diselia.

Selain itu, kajian dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson (PIIE) juga menandakan, China tidak memanipulasi kadar pertukaran mata wang pada dua tahun yang lalu. Dakwaan mengenai China memanipulasi kadar pertukaran mata wang terbukti tidak benar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China