Cari:
Tentera Iraq Selesai Tempatkan Pasukan di "Kawasan Dipertikaikan"
2017-10-19 14:17:16 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah menyelesaikan penempatan pasukan di "kawasan yang dipertikaikan", manakala semua kumpulan bersenjata yang mengawal wilayah autonomi Kurd sebelum ini telah berundur.

Menurut pengumuman tersebut, tentera kerajaan telah ditempatkan di seluruh provinsi Kirkuk dan Salah ad Din, sebahagian provinsi Nineveh serta kawasan Rabia yang bersempadan dengan Syria.

Presiden wilayah autonomi Kurd, Massoud Barzani mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan bersenjata wilayah itu akan berundur ke garisan pertahanan yang ditetapkan antara wilayah itu dengan kerajaan pusat sebelum perang pembebasan Mosul pada 17 Oktober tahun lalu.

Beliau menambah, kerajaan wilayah Kurd akan sedaya upaya memelihara kepentingan dan kestabilan serta keselamatan rakyat tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China