Cari:
Masyarakat Antarabangsa Diseru Usaha Bersama Selesaikan Isu Palestin
2017-10-19 14:23:42 CRI Cetak

Kuasa Usaha Delegasi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Wu Haitao ketika berucap dalam perdebatan terbuka Majlis Keselamatan PBB menyeru masyarakat antarabangsa berusaha bersama-sama untuk menyelesaikan isu Palestin.

Wu Haitao berkata, isu Palestin telah lama wujud dan merupakan kunci bagi penyelesaian masalah seluruh Asia Barat. Palestin dan Israel adalah jiran yang berkongsi nasib. Usaha mempercepat penyelesaian politik isu Palestin melalui rundingan yang sesuai dengan kepentingan asas rakyat Palestin dan Israel bermanfaat bagi keamanan dan kestabilan serantau.

Beliau berkata, situasi Palestin-Israel masih rapuh dan situasi kemanusiaan Genting Gaza masih rumit. Penyelesaian politik yang berasaskan "Resolusi Dua Negara" harus digalakkan. Resolusi tersebut selaras dengan keadaan sebenar rantau itu, mendapat sokongan masyarakat antarabangsa dan juga merupakan tuntutan resolusi berkenaan PBB.

Pelbagai pihak terbabit harus berusaha bersama untuk menggalakkan rundingan isu tersebut dipulihkan secepat mungkin berdasarkan resolusi PBB, prinsip "pertukaran tanah untuk kedamaian" dan Inisiatif Keamanan Arab untuk menyelesaikan masalah Palestin secara adil hingga tuntas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China