Cari:
Pemimpin Asing Ucap Tahniah Kongres PKC
2017-10-19 14:46:57 CRI Cetak

Pemimpin beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa mengirim perutusan tahniah sempena perasmian Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) semalam.

Parti Rakyat Kemboja (CPP) dalam surat tahniah memuji pencapaian China dalam pelbagai bidang di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi Jinping.

CPP menganggap inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dikemukakan oleh Xi bukan sahaja menjana pembangunan sosioekonomi China, malah menggalakkan kesalinghubungan ekonomi serantau dan dunia.

Saranan berkenaan turut meningkatkan pengaruh China di arena antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pula berkata, kongres kebangsaan ke-19 ini signifikan bagi PKC dan pembangunan China. Pedoman yang digariskan dalam kongres itu akan menunjukkan hala tuju pembangunan China pada masa depan. Kemakmuran dan kestabilan China membawa faedah kepada negara-negara serantau dan dunia. 

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China