Cari:
Pemimpin Asing Ucap Tahniah Kongres PKC
2017-10-20 14:56:15 CRI Cetak

Pemimpin beberapa negara dan pertubuhan antarabangsa mengirim perutusan tahniah sempena Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), yang dirasmikan Rabu lalu.

Presiden Myanmar, U Htin Kyaw dalam surat tahniah melahirkan keyakinan bahawa PKC akan menjadikan kongres ini titik permulaan baharu untuk menyelak lembaran baharu pembangunan negara dan merealisasikan impian rakyat.

Presiden Parti Demokratik Filipina-Kuasa Rakyat (PDP-Laban), Aquilino Koko Pimentel menyatakan bahawa pencapaian China di bawah pimpinan PKC dikagumi dunia, dan patut diteladani.

Ketua Setiausaha PDP-Laban, Pantaleon Alvarez berkata Filipina yakin bahawa di bawah pimpinan Xi Jinping, China pasti mengekalkan konsep inovasi, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi demi pembangunan yang lebih cemerlang.

Presiden Parti Funcinpec Kemboja, Putera Norodom Ranariddh menyatakan bahawa PKC berteraskan Xi Jinping telah membawa China mencapai hasil pembangunan yang luar biasa besar, sekali gus meningkatkan pengaruh China di pentas dunia.

Kemboja yakin PKC akan terus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan dunia selepas kongres ini.

Presiden Parti Demokrat Thailand, Abhisit Vejjajiva menyatakan bahawa sepanjang lima tahun lalu, PKC mengetatkan disiplin parti secara menyeluruh, membanteras rasuah dengan tegas, di samping terus mencapai hasil dalam pembaharuan dan pembangunan negara.

Ketua Persatuan Budaya dan Ekonomi Thailand-China, Bhokin Bhalakula menyatakan bahawa inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh Xi Jinping sesuai dengan kepentingan bersama semua negara dan turut menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Kedamaian dan Perpaduan Laos, Somphanh Phengkhammy pula menyatakan bahawa PKC telah memimpin rakyat China melakar kecemerlangan bersejarah. Kedudukan dan pengaruh China di persada rantau dan antarabangsa terus meningkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China