Cari:
Xi: Bangunkan Sosialisme Bercirikan China untuk Era Baharu
2017-10-20 12:04:14 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menyeru para anggota parti dan seluruh rakyat menggembleng tenaga membangunkan sosialisme bercirikan China untuk era baharu.

Seruan itu dibuat beliau dalam sesi perbincangan dengan delegasi dari provinsi Guizhou yang berada di Beijing untuk menyertai Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), semalam.

Xi menyatakan bahawa laporan yang dibentangkannya pada kongres berkenaan menjelaskan hala tuju pembangunan parti dan negara, yang juga perisytiharan politik dan panduan bagi usaha membangunkan sosialisme bercirikan China.

Katanya, pembangunan sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu.

Strategi pembangunan dan pelbagai polisi perlu disempurnakan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh mengikut keadaan semasa.

Xi mahukan konsep pembangunan baharu diamalkan sepenuhnya, di samping usaha dilakukan untuk menyelesaikan masalah pembangunan yang kurang seimbang dan holistik bagi memenuhi keperluan rakyat dalam pelbagai aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China