Cari:
Komitmen PKC Ketatkan Disiplin Parti Dipuji
2017-10-20 12:05:01 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping dalam laporannya pada majlis perasmian Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, menegaskan semula komitmen untuk mengetatkan disiplin parti, di samping terus meningkatkan keupayaan pentadbiran dan kepimpinan PKC.

Masyarakat antarabangsa berpendapat, komitmen PKC itu penting demi masa depan China.

Melalui langkah-langkah yang telah diambil, keupayaan PKC untuk mentadbir negara meningkat dengan ketara. Pengalaman PKC itu patut ditimba negara-negara lain.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata, pencapaian cemerlang yang diraih China selama ini berkat kesungguhan PKC mendengar suara rakyat dan sentiasa mengambil berat kepentingan mereka.

Sikap ini patut dicontohi parti politik pelbagai negara, sebagai jaminan bagi ketenteraman dan kesejahteraan yang berkekalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China