Cari:
Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC: Interaksi Kebudayaan Saluran Penting Dorong Persefahaman Dalam Kalangan Rakyat
2017-10-21 11:54:19 CRI Cetak

Wakil Kongres Kebangsaan Ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang berasal dari sektor kebudayaan dan kesenian telah mengadakan interaksi dengan wartawan dari dalam dan luar negara China semalam.

Pengarah Pusat Penyiaran Kawasan Asia Barat dan Afrika, Radio Antarabangsa China (CRI), Xia Yongmin dalam pertemuan tersebut menyatakan bahawa kebudayaan bukan sahaja saluran dan wahana yang penting bagi persefahaman dalam kalangan rakyat, malah juga kandungan penting dalam program penyiaran ke luar negara.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, CRI telah mengadakan beberap siri aktiviti interaksi kebudayaan termasuk penterjemahan dan penghasilan program TV dan filem yang sudah menggalakkan interaksi kebudayaan antara China dengan pelbagai negara di dunia.

Menurut perjanjian kerjasama penyiaran antara CRI dengan Stesen Televisyen Negara Pakistan, drama bersiri TV China, "Remaju Beijing" akan disiarkan di TV Pakistan tersebut dalam waktu emas bermula awal November nanti.

Naib Presiden TV Negara Pakistan, Zulfiqar Ahmed telah menyanjung tinggi taraf penterjemahan dan penghasilan drama tersebut. Beliau berkata, "Penterjemahan drama ini tepat dan bagus. Ini boleh membantu rakyat Pakistan mengetahui masyarakat China pada zaman moden ini. Saya berharap drama ini dapat menawan hati penonton Pakistan, di samping boleh membawa peluang perniagaan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China