Cari:
Sahabat PKC Semakin Bertambah
2017-10-21 17:21:24 CRI Cetak

Sosialisme yang bercirikan China telah memasuki era baharu, China yang diberikan perhatian masyarakat antarabangsa kini mempunyai permulaan baharu dalam sejarah. Naib Menteri Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Guo Yezhou berkata, PKC akan terus memberikan sumbangan yang lebih besar bagi pembinaan komuniti yang berkongsi nasib, berdasarkan pemikiran pembinaan sosialisme yang bercirikan China pada era baharu yang dikemukakan oleh Xi Jinping.

Beliau berkata, PKC yang mempunyai ahli sebanyak lebih 89 juta, ialah parti politik yang terbesar di dunia. PKC telah menjalinkan hubungan dan komunikasi dengan lebih 600 parti dan pertubuhan politik di lebih 160 negara dan kawasan.

Naib Menteri Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Guo Yezhou

Panduan hubungan luar China yang dikemukakan oleh Xi Jinping ialah "rapat, ikhlas, menang-menang dan toleransi. Panduan ini memainkan peranan yang penting untuk memperkasakan hubungan antara PKC dengan parti-parti asing serta hubungan antara China dengan negara-negara jiran. Negara-negara di rantau ini termasuk Asia Timur Laut, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Tengah semakin mementingkan pertukaran dan dialog dengan PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China