Cari:
China akan Bina Suasana Pelaburan Lebih Baik
2017-10-22 12:35:47 CRI Cetak

Matlamat pertumbuhan ekonomi pada kira-kira 6.5% tahun ini akan dicapai. Di samping itu, China akan mewujudkan suasana pelaburan yang lebih baik untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, He Lifeng dalam sidang akhbar Kongres Kebangsan Ke-19 Parti Komunis China (PKC) di Beijing semalam.

Menurut beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dalam tiga suku pertama tahu ini telah meningkat 6.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kini jumlah penggunaan sudah melebihi pelaburan, dan industri ketiga telah melebihi industri kedua.

Menurut statistik berkenaan, pelaburan asing ke China sudah menduduki tempat pertama antara negara-negara membangan selama 25 tahun secara berturut-turut.

Naib Ketua Pengarah suruhanjaya tersebut, Ning Jizhe berkata, penggunaan pelaburan asing dalam tempoh 9 bulan pertama tahun ini berjumlah USD92.1 bilion (RM389 bilion).

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, pelaburan swasta menempati lebih 60% dalam pelaburan aset tetap, menyumbang lebih 80% peluang kerja, 60% peningkatan KDNK dan 50% pendapatan cukai.

Laporan Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC telah menegaskan bahawa China akan terus menyokong pembangunan syarikat swasta dan menjana kedinamikan pelbagai entiti pasaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China