Cari:
Kesejahteraan Rakyat Semakin Ditingkatkan
2017-10-22 17:35:50 CRI Cetak

Dalam sidang akhbar Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pagi tadi, beberapa menteri masing-masing menjelaskan tindakan pihak berkuasa bagi menambahbaik kesejahteraan rakyat dalam masa yang akan datang.

Menteri Pendidikan China, Chen Baosheng berkata, dalam lima tahun lalu, China memperuntukkan lebih RMB3 trilion (RM1.91 trilion) dalam pendidikan pada setiap tahun. Angka ini mewakili kira-kira 4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kadar penerimaan pendidikan prasekolah (tadika) akan meningkat daripada 77.4% pada masa ini kepada 85% menjelang tahun 2020. Pendidikan wajib berkembang secara seimbang. Manakala, kadar penerimaan pendidikan peringkat sekolah menengah atas akan mencapai 90% menjelang tahun 2020.

Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Yin Weimin dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa China berjaya menawarkan pekerjaan kepada 65 juta orang dari tahun 2012 hingga 2016. Walau bagaimanapun, negara ini masih menghadapi tekanan pekerjaan yang besar. Sebanyak 8 juta orang mahasiswa akan tamat dari institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun depan. Pihak berkuasa akan terus memberikan dasar keutamaan bagi menggalakkan keusahawanan.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara, Li Bin dalam sidang akhbar itu berkata, dalam lima tahun lalu, China telah mewujudkan sistem perubatan dalam pelbagai peringkat, 80% penduduk boleh sampai di klinik atau hospital berdekatan dalam 15 minit. Di samping itu, masalah kekurangan ubat-ubatan yang murah dan ubat-ubatan bagi kanak-kanak berjaya diselesaikan.

Ketika menjelaskan masalah pasaran hartanah yang menjadi tumpuan perhatian orang ramai, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar, Wang Menghui berkata, trend peningkatan harga rumah yang terlalu pesat telah dikawal. Harga rumah di bandar peringkat pertama dan sebahagian bandar peringkat kedua telah menampakkan trend penurunan. Tambah beliau, pihaknya akan terus mengambil tindakan mengawal kestabilan pasaran hartanah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China